December 17, 2011

Pujian vs Hakikat..... Alahai

Assalammualaikum...

akhirnya, ber update gak blog aku yg tak seberapa ni. walaupun blog ni tidak lar begitu ilmiah sangat, tapi aku rasa apa yg aku tulis sebenarnya mewakili rasa2 yg pernah di rasa oleh org lain gak (betul ker..hehehe...) bulan Disember yang agak sibuk dengan macam2 aktiviti, biasalar ujung tahun, jangan merungut suhana, teruskan bekerja & mohon dimudahkan segala urusan & kerja.. huhu.. InsyaAllah 

post ni aku tulis bukanlar nak mengangkat diri atau memuji diri sendiri yg biasa ni.. jauh skali niat kat dlm hati aku mcm tu.. aku cuma share apa yg aku aku rasa selama 30 tahun ni. aku tak tahu nak mula menulis mcmana, cuma apa yang boleh aku tulis kat sini, pujian demi pujian mula aku dengar daripada org2 di sekeliling aku. aku tak tahular keikhlasan pujian tu setakat mana cuma aku nak tulis, aku mmg rasa terharu sgt2 bila dengar pujian mcm tu. tidak lar pernah terlintas dalam hati aku, akan merasa terdengar perkataan tu dlm hidup aku. hmmm.... untuk pengetahuan korg.. aku bukanlar di dalam kategori pujian tu diberikan, tetapi bila sekarang pujian itu diberikan, hampir membuat hati aku menangis. menangis sebab terkenang doa yg pernah dipohon 13 tahun yang dahulu... alahai.. kalo teringat doa tu..sangat lar syahdu rasanyer..  disebabkan kekurangan aku pd masa tu.. telah menjadikan hidup aku terasa rendah diri berhadapan dengan sesapa sajer.. alhamdulillah.. DIA mengabulkan doa aku..
terima kasih Ya Allah.. sesungguhnya terima kasih atas pinjaman yang diberikan...sgt2 terima kasih.. didiklar hati ini untuk menerima pinjaman ini dengan sebaik2nya.

tapi walau mcmana pun pujian yg diterima, tetap tidak mengubah hakikat..huhu.. hakikat aku dah berumo 30 tahun. macam2 kenyataan yg aku terima & dengar berkaitan dengan PEREMPUAN YANG BERUMOR 30 TAHUN...huhu..alahai.. tibe2 pujian tu tidak mampu lagi membendung rasa sedih ngan kenyataan tu.. huhu.. yer.. HAKIKAT TETAP HAKIKAT kan.. huhu.. kita tak boleh selamanya rasa selesa ngan pujian yg diterima.. kadang2 yg pahit tu menyedarkan hakikat sebenarnya.. huhu.. xper.. don wori.. aku tak marah pun ngan apa yg korang cakap kat aku..cuma aku nk minta korg pikir jerlar sama2.. ada ker orang nak minta cite hidup mcm aku.. korang pikirlar..

"Ya Allah aku mohon perlindungan dari rasa keluh kesah, jiwa yang lara, rasa hiba serta pandangan dan perbuatan orang2 yang berniat jahat. Lindungilah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMU yang sangat lemah "